Susulan dua perseorangan dan tiga beregu badminton negara berjaya menempah slot ke Sukan Olimpik Paris Ogos ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sedia memberikan segala jenis bantuan dan kemudahan bagi persiapan mereka ke Paris.
Termasuk Lee Zii Jia yang kini walaupun bukan lagi bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan tidak tersenarai dalam Program Road To Gold (RTG), namun Institut Sukan Negara (ISN) sedia membantu sekiranya dia memerlukan rawatan kecergasan.
"Biarpun dia (Zii Jia) tiada dalam program Road to Gold, semua atlet yang mewakili Malaysia ke Paris kita tetap bagi sokongan daripada Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN),"
"KBS telah menjemput tetapi dia tidak mahu menyertai ketika itu tetapi semua atlet yang layak ke Paris akan diberikan sokongan khasnya daripada ISN.
"Setakat hari ini apa yang mereka perlukan kita telah salurkan kepada mereka. Saya mohon jangan ada kecederaan sehingga sukan Olimpik Paris nanti." katanya.
Stadium Astro
Sun May 12 2024