Skip to main content

Badminton

Sukan Olimpik 2020: Inisiatif pemain hadapi kejohanan penting jadi nilai tambah

pang-cheh-chang.jpg
Kehadiran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dalam kelompok 20 terbaik dunia menghangatkan lagi perebutan tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 buat beregu campuran negara.

Perkembangan itu menawarkan petanda positif buat Kian Meng-Pei Jing meskipun ranking dunia bukan penanda aras mutlak ke Sukan Olimpik 2020. 

Kedudukan semasa menyaksikan beregu profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, masih merupakan beregu campuran utama negara apabila menduduki ranking kelima dunia. 

Sementara itu, taruhan terbaik kem Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah menerusi Goh Soon Huat-Shevon Lai yang berada di kedudukan ke-13.

Satu negara boleh memiliki dua wakil dalam acara beregu temasya Tokyo 2020 jika mereka menamatkan kempen kelayakan 'Road To Tokyo' dalam kelompok lapan terbaik yang akan tamat pada 26 April tahun depan.

"Ketika ini, kedudukan ketiga-tiga beregu campuran masih belum terjamin dan mereka masih perlu bersaing untuk layak ke Sukan Olimpik. 

"Ini satu persekitaran yang baik. Kalau sebelum ini, prestasi Kian Meng-Pei Jing agak menurun, tetapi dalam beberapa kejohanan kebelakangan ini, bermula dalam Terbuka Malaysia, mereka memberikan saingan kompetitif kepada beregu handalan," kata jurulatih beregu campuran, Pang Cheh Chang. 

Bagaimanapun, Soon Huat-Shevon serta Kian Meng-Pei Jing ada tugasan penting selain memburu tiket Sukan Olimpik  tatkala status beregu utama bagi kempen Piala Sudirman dari 19 hingga 26 Mei ini masih belum diputuskan.

"Kami lebih cenderung untuk mempertaruhkan beregu yang memiliki peluang lebih cerah ke atas pencabar. 

"Saya tidak boleh melabel pasangan mana satu yang merupakan beregu campuran utama negara ketika ini. Apa yang mustahak adalah prestasi semasa mereka dalam kejohanan.

"Langkah ini pernah dibuat ketika kami menghadapi Piala Thomas 2014. 

"Terlebih dahulu, saya akan melihat kepada inisiatif pemain dalam membuat persiapan ketika kejohanan," katanya lagi. 

 

Advertisement

Must Watch Video