Skip to main content

Badminton

Sukan Olimpik 2020: Beregu campuran sedia jadi sandaran

chin-ee-hui-badminton.jpg
Skuad beregu campuran sedia memainkan peranan sebagai pemacu misi ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila dua beregu berada di tahap realistik untuk layak ke temasya itu.

Peruntukan dua wakil daripada satu negara untuk acara beregu akan bersandarkan kepada kedudukan ranking sebaik tamat fasa kelayakan pada 26 April 2020.

Berbanding acara perseorangan yang akan melihat kepada senarai 16 terbaik, bahagian beregu akan memilih kalangan kelompok lapan terbaik bagi sesebuah negara untuk memiliki dua wakil.

Buat masa ini, beregu profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, berada di ranking kelima dunia sementara Goh Soon Huat-Shevon Lai di ranking kesembilan.

"Ketika ini, kelayakan ke Sukan Olimpik menjurus kepada Peng Soon-Liu Ying yang menduduki ranking lebih tinggi daripada beregu campuran negara yang lain. 

"Mereka lebih berpengalaman tetapi jurangnya tidak terlalu jauh. 

"Kalau dalam pertarungan sengit, saya berasakan Peng Soon-Liu Ying lebih matang untuk menangani situasi tersebut," kata jurulatih beregu campuran kebangsaan, Chin Eei Hui.

Ee Hui, bagaimanapun, mahu Tan Kian Meng-Lai Pei Jing atau satu lagi gandingan muda berada dalam persaingan untuk merebut dua tiket ke Tokyo itu.

"Saya harap barisan beregu campuran, termasuk Peng Soon-Goh Liu Ying, berada di landasan untuk merebut tempat ke Sukan Olimpik 2020. 

"Ia mewujudkan persekitaran yang bagus kerana apabila wujudnya persaingan, lebih cepat atlet itu dapat meningkatkan prestasi," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video