Skip to main content

Badminton

Sukan Olimpik 2020: BAM bantu pemain profesional selepas layak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chan-peng-soon-goh-liu-ying.jpg
"Layak dulu, baru tolong."

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bertegas dengan pendirian bahawa pencapaian cemerlang dalam kejohanan antarabangsa bukan tiket untuk pemain profesional menerima bantuan sepenuhnya selagi belum mengesahkan slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, antara pemain profesional yang menyinar dengan mencipta rentetan laluan ke peringkat separuh akhir, iaitu dalam Kejohanan Terbuka Indonesia dan Jepun.

Malah, ranking dunia mereka juga jauh mengatasi pemain di bawah naungan BAM apabila menduduki tangga kelima dunia.

Di sebalik prestasi itu, bantuan teknikal masih belum dapat dihulurkan kerana ia merupakan risiko yang perlu ditanggung Peng Soon-Liu Ying sebaik mereka melangkah keluar daripada badan induk itu, Disember tahun lalu.

"Mereka sendiri yang pilih untuk beralih kepada pemain profesional.

"Kalau mereka tidak menerima bantuan daripada Institut Sukan Negara (ISN), maka mereka seharusnya sedia maklum mengenai syarat dan terma sebaik keluar BAM,"  kata Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM, Kenny Goh. 

BAM sebelum ini menjanjikan bantuan teknikal dan kepakaran sains sukan buat mana-mana pemain profesional yang layak ke Sukan Olimpik. 

Tarikh akhir pemain yang layak ke temasya itu ialah penghujung April depan.

"Sebaik mereka mengesahkan kelayakan ke Sukan Olimpik, barulah BAM bantu dalam setiap aspek," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video