Ratu beregu campuran negara, Goh Liu Ying, kini sudah boleh kembali fokus kepada persiapan Sukan Asia Indonesia 2018 selepas mendapat lampu hijau daripada Institut Sukan Negara (ISN).
Liu Ying menjalani pemeriksaan hari ini terhadap kecederaan tendon yang dialami di kaki kirinya.
Kecederaan baru itu dialami Liu Ying sewaktu mengharungi kempen Kejohanan Badminton Dunia di Nanjing, China, minggu lalu.
Perkembangan positif mengenai tahap kecergasannya itu disahkan sendiri oleh ketua jurulatih beregu campuran negara, Pang Cheh Chang.
"Setakat ini, saya terima laporan daripada ISN bahawa kecederaan yang dialami hanya masalah kecil. Dia boleh beraksi dalam Sukan Asia," katanya.
"Buat masa sekarang, saya rasa sesi latihan akan dimudahkan buat sementara dan ia akan disesuaikan dengan tahap pemulihan. Ia bukan kecederaan yang teruk dan tidak wujud istilah dia tidak boleh beraksi.
"Bagaimanapun, sebagai seorang pemain badminton, dia juga harus mengawasi keadaannya. Kami cuba mengurangkan tahap kecederaan."