Keberkesanan ratu beregu campuran negara, Goh Liu Ying, dalam Sukan Asia Indonesia menjadi tanda tanya.
Ini susulan dia diberi kelulusan menyertai temasya itu meskipun masih dibelenggu kecederaan.
Liu Ying memperoleh lampu hijau daripada Institut Sukan Negara (ISN) susulan pemeriksaan ke atas kecederaan tendon achilles kirinya semalam.
Kecederaan baru itu dialami Liu Ying ketika aksi pusingan ketiga menentang gandingan England dalam Kejohanan Dunia, minggu lalu.
Dia dan Chan Peng Soon kemudian ditunjuk jalan keluar di peringkat suku akhir oleh pasangan Hong Kong yang berupaya mengeksplotasi kecederaan Liu Ying.
Apakah dia boleh kembalikan prestasi dengan kadar segera dalam keperluan mengimbangi latihan dalam gelanggang dan proses pemulihan?
"Banyak perkara yang saya lalui. Saya harus betul-betul jaga badan saya bagi mengelak kecederaan baru.
"Dalam satu minggu ini, saya akan membuat pemulihan termasuk latihan. Saya rasa tidak akan ada masalah untuk menyertai temasya itu," kata Liu Ying.
Sementara itu, ketua jurulatih beregu campuran negara, Pang Cheh Chang, berkata: "Keadaan Liu Ying lebih berbeza dengan yang lain. Pada usia dia, dia harus menjaga badan.
"Itu lebih penting daripada strateginya kerana dia sudah ada pengalaman. Saya rasa dia boleh beraksi baik dalam Sukan Asia nanti."