Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak akan terburu-buru dalam memutuskan penyenaraian Liew Daren dalam skuad Sukan Asia Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 September ini.
Daren mencetuskan sensasi luar biasa apabila menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia di Nanjing, China, yang berakhir semalam.
Lebih mengagumkan, pemain perseorangan lelaki berusia 31 tahun itu layak ke Nanjing sebagai pemain profesional.
Penyenaraian Daren dalam skuad Sukan Asia negara dilihat berupaya memberi kestabilan dan pengaruh sebagai senior tatkala Malaysia mempertaruhkan barisan muda.
"Kebarangkalian untuk kami tukar pemain adalah dengan atau Cheam June Wei atau Soong Joo Vern.
"Namum, kami harus berbincang dengan Liew Daren (terlebih dahulu) memandangkan dia mengalami kecederaan.
"Beri masa kepada kami dalam dua hingga tiga hari lagi untuk memaklumkan keputusan," kata Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria.
Sementara itu, BAM menerima suntikan daripada badan yang turut menaja Daren, AirAsia, menerusi penajaan penerbangan bernilai RM3 juta sehingga 2020.
"Seperti yang sedia maklum, kami berhasrat untuk melahirkan pemain muda yang akan menjadi juara dunia.
"Ini adalah bukti bahawa pihak AirAsia menyahut panggilan BAM untuk bersama-sama memajukan mutu sukan negara," ujar Pengerusi AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun.