Perseorangan wanita negara, Soniia Cheah, mahu membuktikan dia bukan lagi pemain picisan yang mudah dijinakkan meskipun menggalas cabaran tunggal negara dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.
Prestasi Soniia semakin menampakkan hasil positif dengan rankingnya juga turut naik tiga anak tangga ke kedudukan ke-32.
Pemain perseorangan itu bakal membuat penampilan dalam Kejohanan Badminton Dunia di Basel, Switzerland 19 Ogos ini dengan misi memperbaiki pencapaian pusingan 32, tahun lalu.
Soniia secara peribadi tidak melihat itu satu masalah yang besar untuk kem Malaysia kerana sejak beberapa kejohanan lalu, dia sudah dipersiapkan oleh ketua jurulatih, Datuk Tey Seu Bock, untuk membawa cabaran tunggal negara secara berseorangan.
Prestasinya kebelakangan ini juga menampakkan petanda positif apabila Soniia bukan sahaja berani mengheret permainan ke set penentuan menentang kelompok 10 terbaik dunia, namun mampu mengejutkan mereka seperti dilakukan ke atas jaguh China, He Bingjiao, dalam Terbuka Thailand tempoh hari.
"Saya berasakan permainan saya lebih baik dan dapat mengawal setiap kawalan dalam pukulan saya," katanya.
Untuk Kejohanan Dunia kali ini, Soniia bertekad mahu cuba mengatasi persembahan sulungnya dalam saingan itu tahun lalu apabila terkandas seawal pusingan kedua.
Dia kini semakin mendaki tangga ranking dunia dengan menduduki kedudukan ke-32, naik tiga anak tangga berbanding sebelum ini.
"Saya berharap dapat mempamerkan peningkatan dalam Kejohanan Dunia kali ini. Ia merupakan satu kejohanan yang sangat sengit, dengan setiap pemain yang beraksi memiliki kualiti tersendiri."