Skip to main content

Badminton

Soniia akui hampiri sentuhan terbaik

soniiacheah.jpg
Pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah, menganggap dia mempunyai peningkatan prestasi berbanding awal musim ini.

Soniia mengakui gagal mengekalkan corak permainan yang baik dalam setiap saingan sebelumnya kerana kekurangan tahap keyakinanan diri dan kekuatan mental.

Bagaimanapun, persembahannya dalam saingan Piala Sudirman mula menampakkan dia semakin hampir mendapatkan sentuhan terbaik.

Ketika ini, pemain berusia 26 tahun itu mahu memberi tumpuan kepada meningkatkan tahap kecergasan sebelum memikirkan sebarang sasaran utama.

"Saya berasakan terdapat peningkatan dalam persembahan saya. Sukar untuk mempamerkan aksi yang sama dalam setiap perlawanan kerana lawan yang dihadapi adalah berbeza," katanya.

Soniia, yang diundi berhadapan dengan rakan sepasukannya, Goh Jin Wei, dalam saingan Terbuka Australia, Jun ini, tidak mengambil mudah cabaran pemain di ranking ke-25 dunia itu.

"Jin Wei akan memberikan saingan yang sengit dan hanya salah seorang daripada kami akan mara ke pusingan seterusnya."

Advertisement

Must Watch Video