Skip to main content

Badminton

Sirkit Remaja Kebangsaan: Zhen Yi buru kejuaraan sulung

zhenyi.jpg
Pemain badminton remaja negara, Ong Zhen Yi, gusar kemunculan Mohammad Fazriq Mohd Razif menjadi penghalang dirinya melengkapkan misi memburu kemenangan pertama dalam Kejohanan Final Grand Prix Sirkit Remaja Kebangsaan 2019. 

Apatah lagi, Fazriq sebelum ini berjaya mengungguli pingat emas Kejohanan Jemputan Shonai B-15 yang berlangsung di Jepun. 

Ini merupakan peluang terakhir pemain berusia 16 tahun itu untuk merebut kejuaraan dalam kejohanan berkenaan ekoran sudah melepasi had umur. 

Bagaimanapun, wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu berharap dapat bertemu dengan anak kepada legenda badminton, Datuk Razif Sidek, itu di pentas final. 

"Saya berada dalam tahap keyakinan yang tinggi dan bersedia untuk berdepan Fazriq. Dia memiliki kepantasan di atas gelanggang dan seorang lawan yang berkualiti," katanya.

Zhen Yi berjaya ke pusingan kedua dalam kategori perseorangan lelaki B-16 tahun selepas menewaskan wakil Melaka, Teo Jie Sern, 21-10, 21-10. 

"Saya berasa dewan ini agak panas dan menyukarkan persembahan saya manakala pesaing yang menyertai kejohanan ini merupakan antara yang terbaik dunia dan saya menjangkakan cabaran yang sukar untuk ke final," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video