Pemain remaja negara, Tan Xhing Yi, menganggap wakil Selangor, L. Letshanaa, sebagai penghalang utama untuknya meraih gelaran juara Kejohanan Badminton Grand Final Sirkit Remaja Kebangsaan 2019 di Kelab Rekreasi Negeri Sembilan, Seremban.
Pilihan utama perseorangan wanita itu tidak memandang rendah cabaran yang bakal ditonjolkan barisan pemain lain.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu meluahkan hasrat untuk mengungguli kejuaraan musim ini yang merupakan tahun terakhirnya dalam kategori B-16.
"Letshanaa merupakan halangan utama saya memandangkan skil dan pengalamannya sangat baik tetapi saya ingin bergelar juara, termasuk dalam acara beregu," katanya.
Zhing Yi menepati ramalan apabila melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil Johor, Lim Shin, dengan straight set 21-19, 21-16, hari ini.
Baginya, kemenangan dalam pusingan pertama belum meletakkannya dalam keadaan selesa, sebaliknya dia perlu mengekalkan momentum sehingga perlawanan akhir.
"Saya kurang menjalani persediaan, saya harap dapat menemui rentak terbaik selepas beberapa pusingan lagi," katanya.