Skip to main content

Badminton

Sirkit Remaja Kebangsaan: Su Hui-Su Yin mahu kemenangan terakhir

su-hui-su-yin.jpg
Pasangan beregu wanita remaja negara, Cheng Su Hui-Cheng Su Yin, mahu menamatkan penampilan terakhir dalam Kejohanan Badminton Grand Final Sirkit Remaja Kebangsaan di Kelab Rekreasi Negeri Sembilan, Seremban, dengan gelaran juara. 

Juara bertahan yang mewakili Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu bermula positif untuk ke pusingan kedua Kumpulan A selepas menewaskan pasangan Johor, Dylyvya Saha Davincy Saha-Hoe Shi Yun ,21-11, 21-10. 

Pasangan kembar itu masih belum berpuas hati dengan prestasi mereka dan mengakui masih mencari rentak untuk meningkatkan momentum dan mengekalkan kejuaraan dalam kategori B-16. 

"Tak berapa bagus. Ia seperti separuh sahaja dan bukan kesemuanya," kata Su Hui

"Ini merupakan tahun terakhir kami, namun kami tiada strategi dan hanya mahu menikmati perlawanan," tambah Su Yin pula.

Dalam pada itu, Su Hui menjelaskan mereka perlu berhati-hati dengan saingan sengit yang bakal dihadirkan pilihan kedua kejohanan yang juga rakan sepasukan, Khor Jing Wen-Tan Zhing Yi.

"Mereka agak kuat, namun kami yakin (untuk menewaskan mereka) walaupun masih takut," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video