Kemenangan mudah yang diraih oleh Rayner Beh Chun Meng dan Goh Boon Zhe dalam tiga aksi Kumpulan A meyakinkan mereka untuk mengungguli Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Prix Final di Kelab Rekreasi Cina Negeri Sembilan (NSCRC), Seremban, hari ini.
Wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kategori beregu lelaki bawah 16 tahun itu mengesahkan tempat dalam saingan separuh akhir selepas menundukkan wakil Johor, Muhammaf Ariffin Nazri Md Zakaria-Woong Zu Qing, 21-14, 21-11.
Selain itu, pemain yang menjadi tumpuan, Muhammad Fazriq Mohd Razif, bersama pasangannya, Justin Hoh Shou Wei, turut membuka peluang cerah dalam kategori beregu apabila menang mudah ke atas wakil Perak, Cheong Yan Kai-Chun Zhen Tai, 22-17, 21-12 dalam Kumpulan B.
"Mereka gagal mengikut rentak permainan kami. Persiapan kami berjaya membantu merakamkan kemenangan hari ini," kata Boon Zhe.
Sementara itu, pasangan kembar yang mewakili Perak, Cheng Su Hui dan Cheng Su Yin, mengungguli Kumpulan A, sekali gus mara ke separuh akhir selepas menewaskan Lim Qi Ling dan Sik Xio Hui dari Selangor, 21-15, 21-8.
"Kemenangan ini memberikan keyakinan untuk kami menuju ke final. Selepas ini, kami mahu mencabar lagi kemampuan sendiri dan memperbaiki persembahan," kata Su Hui.