Pemain badminton remaja negara, Muhammad Fazriq Mohd Razif, terpaksa berkerja keras sebelum mengesahkan tempat dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Final Sirkit Remaja Kebangsaan 2019.
Pemain pilihan pertama kategori perseorangan itu dikerah beraksi selama 1 jam 5 minit sebelum mara ketika berdepan wakil Selangor, Mohd Haris Sufian Rushdan, 19-21, 21-17, 21-9 hari ini.
Juara Kejohanan Jemputan Shonai B-15 di Jepun itu menghadapi cabaran penuh padat apabila perlu bersaing dalam tiga aksi hari ini, iaitu suku akhir dan separuh akhir perseorangan B-16 selain separuh akhir beregu lelaki B-16.
"Pada mulany,a saya menyangka dapat menang dengan straight set tetapi dalam mata akhir set pertama, saya membuat kesilapan.
"Saya harap mendapat sedikit rehat seperti tidur selama 20 minit dan makan sebelum meneruskan aksi," katanya.
Dalam pada itu, juara bertahan, Arena Satu Samin, yang terkenal dengan corak permainan pantas menepati ramalan apabila menempah tiket separuh akhir selepas menewaskan pilihan kedua selaku wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Joanne Ng May Yin, 21-9, 21-19.
Pilihan pertama perseorangan wanita B-16, Tan Zhi Yi, turut melangkah ke peringkat separuh akhir selepas menang straight set ke atas Siti Nurshuhaini Azman 24-22, 21-18.
"Selepas menang mudah dalam set pertama, tahap permainan saya mula menurun sehingga set kedua berlangsung sengit.
"Mujur saya dapat mengembalikan aksi sebenar dan saya harap dapat beraksi lebih lincah lagi dalam aksi seterusnya hari ini," katanya.