'Bapa borek anak rintik.' Itu perumpamaan sesuai buat pemain badminton remaja, Muhammad Fazriq Mohd Razif, selepas dilihat bakal mengikut jejak langkah bapanya yang merupakan legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek.
Fazriq menganggap kejayaanya dalam Kejohanan Jemputan Shonai B-15 di Jepun, hujung minggu lalu, sebagai suntikan semangat untuk merebut gelaran juara Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Final 2019 di Kelab Rekreasi Negeri Sembilan, Seremban.
Sebagai pilihan pertama yang mengetuai Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dia menepati ramalan untuk melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil Perak, Chun Zhen Thai, dalam straight set 21-20, 21-19, hari ini.
"Saya tidak mahu meletakkan tekanan kepada diri sendiri serta tidak menetapkan sebarang sasaran.
"Saya hanya memberikan fokus dalam setiap perlawanan.
"Kalau saya mara ke perlawanan akhir, ia pasti akan menjadi medan paling sukar, cuma saya perlu memberikan persembahan konsisten dan itulah kelemahan saya," katanya.
Dengan membawa reputasi sebagai anak kepada bekas legenda beregu, Fazriq dilihat berpotensi menggantikan bapanya untuk mengharumkan nama negara.
Bapanya yang turun memberikan sokongan berharap anaknya itu mampu menyambung legasi keluarga Sidek selain meneruskan kejayaan dalam sukan badminton.
"Saya berharap dia dapat perbaiki prestasinya seperti tahun-tahun lalu yang menyaksikannya menjuarai acara perseorangan dan beregu.
"Saya harap tahun ini dia dapat mengekalkan prestasinya," kata Razif.
Sementara itu, wakil perseorangan wanita Selangor, K. Latshanaa, belum mengangkat bendera putih untuk merebut gelaran juara selepas tewas dalam perlawanan akhir Kejohanan Divisyen 1 Sirkit Remaja di Johor Bahru, bulan lalu.
Latshanaa yang tewas kepada wakil Sabah, Arena Satu Samin, berharap dapat sekali lagi bersaing di pentas final.
"Saya sasar untuk muncul juara berdasarkan tahap keyakinan yang tinggi ketika ini," katanya.