Skip to main content

Badminton

Sirkit Remaja Kebangsaan: Fazriq di landasan muncul juara

muhammad-fazriq-mohd-razif-badminton.jpg
Pemain badminton remaja, Muhammad Fazriq Mohd Razif, mengakui aksi konsisten dan kepantasan yang dimiliki membuatkan dirinya berada dalam tahap terbaik untuk merebut gelaran juara Kejohanan Grand Prix Final Sirkit Remaja Kebangsaan 2019. 

Selaku pemain pilihan, Fazriq menepati ramalan melangkah ke peringkat suku akhir selepas menang mudah ke atas wakil Melaka, A. Thaanesh Devar dengan keputusan straights set 21-17, 21-17. 

Bagaimanapun, wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu tidak menganggap pertemuan dengan pemain bukan pilihan, Mohd Haris Sufian Rushdan, dari Selangor adalah laluan mudah di suku akhir.

"Saya berasakan pemain yang lebih konsisten mampu meraih kemenangan dalam perlawanan suku akhir. Saya menjangkakan tentangan yang sengit dari lawan saya," kata Fazriq.

Sementara itu, pilihan kedua, Ong Zhen Yi, tewas di pusingan kedua apabila disingkirkan dengan mudah oleh pemain Kuala Lumpur, Hooi Shao Herng, 21-16, 21-15. 

Bagi juara bertahan saingan perseorangan wanita, Arena Satu Samin, turut menempah slot dalam aksi suku akhir selepas menundukkan pemain badminton remaja negara, Tan Shen Thing dengan kemenangan straight set 22-12, 21-9. 

Penguasaan gelanggang yang baik membolehkan pemain kelahiran Sabah itu mudah mengatasi lawannya.

"Tekanan sentiasa ada dalam usaha mempertahankan gelaran tetapi saya cuba untuk tidak terganggu ketika beraksi," kata Arena.

Advertisement

Must Watch Video