Meskipun turun selaku pemain pilihan kelima, ia tidak menjejaskan semangat wakil dari Sabah, Arena Satu Samin, untuk mempertahankan gelaran juara Kejohanan Final Grand Prix Sirkit Remaja Kebangsaan musim ini.
Arena mengakui bersedia menghadapi cabaran untuk melepasi pilihan pertama dan kedua dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Zhing Yi dan Joanne Ng May Yin, selain wakil Selangor, K. Letshana, selaku pilihan ketiga.
Pemain kelahiran Kota Belud, Sabah itu sebelum ini berjaya menewaskan Letshana, sekali gus meraih kejuaraan dalam Kejohanan Badminton Divisyen 1 Sirkit Remaja 100Plus di Johor Bahru, Mei lalu.
Arena menepati ramalan sebagai juara bertahan apabila melangkah ke pusingan kedua dengan mudah selepas menewaskan pemain Kuala Lumpur, Yap Amanda Hwa Leng, 21-9, 21-11.
"Mengekalkan kejuaraan adalah satu pencapaian yang membanggakan. Kejohanan kali ini menampilkan barisan pemain yang berkualiti dan saya berharap untuk beraksi cemerlang lagi selepas ini," katanya lagi.