Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, menegaskan bahawa mental para pemain negara kini mudah terganggu akibat sokongan yang diberikan 'badminton lovers' yang mendorong mereka untuk lebih merasa selesa tanpa sedar akan realiti dunia badminton yang semakin kompetitif.

"Anda tidak boleh mengatakan 'tidak mengapa, tidak mengapa' apabila mereka melakukan sesuatu yang tidak bagus," kata Rexy menerusi Nadi Arena semalam.

"Kadang kala apabila kamu memang sayang kepada atlet itu, kamu harus ada sedikit 'oii' (dalam nada tegas) berbanding 'oii' (dalam nada perlahan), supaya atlit bangun.

"Ada waktu kita perlu kritik pemain, kita kritik secara terus."



Tiga pemain yang digugurkan adalah Lee Shun Yang, Rex Hooi dan Chia Jeng Hon.

Manakala 10 pemain yang kekal terbahagi kepada dua kumpulan:

Kumpulan A - Ng Tze Yong, Aidil Sholeh, Leong Jun Hao, Justin Hoh dan Eogene Ewe Eon

Kumpulan B - Chua Kim Sheng, Ong Zhen Yi, Ong Ken Yon, Kok Jing Hong dan Shaqeem Shahyar



Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 bakal berlangsung pada 9 hingga 14 Januari bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.