Pemain badminton beregu campuran negara, Shevon Lai, terlepas peluang mengumpul mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam Terbuka Australia dan kini tumpuan terarah kepada Kejohanan Terbuka Indonesia, bulan depan.
Soon Huat dan Shevon Lai terpaksa menarik diri daripada Terbuka Australia ekoran kecederaan hamstring yang dialami Soon Huat.
Keputusan itu atas nasihat jurulatih sendiri dalam memberi tumpuan dan ruang bagi mempersiapkan diri untuk ke kejohanan seterusnya, Terbuka Indonesia, bulan depan.
Shevon yakin mereka masih berpeluang mengumpul mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo walaupun menarik diri daripada Terbuka Australia.
"Saya agak gementar kerana setiap mata adalah penting untuk layak ke Sukan Olimpik. Tetapi kami meletakkan tumpuan kepada saingan seterusnya dalam Terbuka Indonesia," kata Shevon.
Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu lebih mementingkan kesihatan gandingannya dan berharap Soon Huat akan segera kembali ke gelanggang.
"Kami enggan mengambil risiko dan berharap kecederaan yang dialaminya sebelum ini tidak memberi kesan dalam kejohanan seterusnya."