Skip to main content

Badminton

Semua sudah selesai tandatangan kontrak kecuali Pearly-Thinaah -- BAM enggan pemain ugut dengan wang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly-thinaah.jpg
Masa depan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih lagi menjadi tanda tanya.

Menurut Timbalan Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam, pertemuan terakhir akan diatur bagi mendapatkan keputusan muktamad selepas pasangan itu masih belum mahu menandatangani tawaran yang dikemukakan badan induk itu.

Tambahnya, semua pemain sudah menerima dan menyelesaikan rundingan dengan baik kecuali Pearly dan Thinaah, di mana perkara itu turut dibawa ke dalam Mesyuarat Majlis BAM, yang memutuskan agar tiada perubahan terhadap tawaran asal yang dikemukakan.

Keputusan muktamad mengenai status pasangan itu hanya akan diketahui selepas mereka pulang daripada saingan Terbuka Thailand minggu depan.

"Berkenaan Thinaah dan Pearly, kami sudah berbincang dan seperti yang anda semua sedar, kami sudah memberikan tawaran," katanya dalam sidang media seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Hanya mereka yang belum menandatangani kontrak atau menerima tawaran kami, mereka terus-menerus memberikan angka berbeza.

"Kami juga tidak mahu pemain terus mengugut kami dengan wang kerana ia perlu berlaku (dengan angka) yang amat jelas.

"Jika ia tidak jelas, ia akan mencipta satu wabak untuk dilepaskan.

"Jadi semua pemain telah menerima rundingan dengan baik, mereka sudah berbincang dan sudah dimuktamadkan, jadi sudah selesai," katanya

 

Advertisement

Must Watch Video