MALAYSIA 5 BRUNEI 0
Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) menyaksikan perseorangan negara, Ng Tze Yong, tidak perlu bermandi peluh apabila hanya perlu membuat hantaran mengelirukan bagi mematikan langkah lawan dari Brunei, Kan Kah Kit, dengan kemenangan straight set 21-7, 21-11.
Jelas Tze Yong, dia tidak perlu menggunakan tenaga kerana menyedari pemain tersebut kerap melakukan kesilapan dan hanya perlu menunggu untuk mengutip mata mudah dalam kempen di Setia City Convention City, Shah Alam.
Tze Yong menghadiahkan mata pertama menyaksikan Malaysia bermula dengan langkah kanan 1-0, sekali gus menyemarakkan api perjuangan rakan sepasukan lain.
Perseorangan kedua dan ketiga, Leong jun Hao dan Eogene Ewe, membuktikan bahawa pemilihan mereka adalah tepat setelah menewaskan lawan masing-masing dalam aksi mudah straight set.
Jun Hao membuktikan bahawa pengalaman menjadi pemisah apabila mudah menundukkan lawan dari Brunei, Ali Marhanif, dalam aksi straight set 21-5, 21-6 yang hanya mengambil masa kurang 20 minit.
Sementara itu, bagi pemain muda, Eogene Ewe, penampilan pertamanya bersama skuad negara dalam aksi pertama menampakkan kematangan dalam permainannya meskipun baru berusia belasan tahun.
Mereka menyumbangkan mata kedua dan ketiga untuk Malaysia mudah mendahului lawan 3-0.
Skuad lelaki negara meneruskan rentak kemenangan mudah ke atas Brunei menerusi gandingan beregu Choong Hon Jian-Muhammad Haikal.
Gandingan muda itu dengan mudah menundukkan pasangan Marhanif Ali yang bergandingan bersama Haziq Roze.
Permulaan set pertama yang cemerlang buat beregu negara yang menyaksikan mereka menguasai keseluruhan perlawanan.
Kemenangan mudah 21-5 dalam set pertama menyaksikan Hon Jian-Haikal sedikit terleka dalam set kedua.
Bermula mendahului 12-1, Brunei mula bangkit mengambil kesmepatan atas kelekaan pasangan negara itu.
Mereka mengutip tujuh mata untuk mendekati Hon Jian-Haikal.
Menyedari Brunei semakin hampir, Malaysia mula menyusun kembali rentak perlawanan untuk kembali dominasi.
Brunei sempat meraih empat lagi mata sebelum Malaysia menang 21-12 untuk memberikan mata keempat buat negara.
Kemenangan mudah Malaysia ke atas Brunei dimuktamadkan dengan penguasaan gelanggang oleh beregu lelaki kedua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.
Menentang Mattew Minggat dan Iqbal Asyraf, wakil negara bagaimanapun melepaskan sembilan mata sebelum menutup set pertama 21-9.
Begitupun, dia tampil lebih yakin dalam set kedua di sebalik sedikit tentangan yang diterima untuk akhirnya mengesahkan kemenangan 21-7 dalam misi Malaysia mempertahan gelaran.