Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, tampil menegaskan kepentingan atlet untuk bernaung dibawah persatuan seperti Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam memastikan keperluan fizikal dan mental mencukupi.
Keberkesanan bernaung di bawah persatuan itu dapat dilihat menerusi kejayaan demi kejayaan yang dilakar gandingan beregu negara iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang pastinya didorong oleh latihan lengkap dan sains sukan yang disediakan.
"Saya harap semua orang akan lihat pada mereka, ini adalah fasiliti yang mereka nikmati bersama BAM. Anda boleh melihat perubahan mendadak pada Aaron dan Wooi Yik.
"Ini harapan saya. Tiada apa yang boleh membandingkan apa yang persatuan berikan kerana anda sebahagian daripada pasukan yang besar," katanya.
Hannah turut berkongsi perjumpaan bersama perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia pada minggu lalu berkenaan tawaran untuk membawa semula nama Zii Jia ke dalam Program Road To Gold (RTG).
Begitupun, tawaran itu masih dalam proses perbincangan dan belum menemui kata putus daripada pihak sebelah.
"Keputusan akhir pada tangan Zii Jia, saya yakin dia akan pertimbangkan semua faktor, malah Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin juga. Selepat kami dapat kata putus kami akan maklumkan." ujarnya.

"Penting untuk atlet terus bernaung di bawah persatuan sukan bagi memastikan kejayaan seperti Aaron-Wooi Yik dapat direalisasikan" -- Hannah Yeoh
— husnae (@husnazainudin_) June 3, 2025
Butiran lanjut dalam Nadi Arena, 7.30 malam! @ASTROARENA pic.twitter.com/H1mWfK91ps