Ketua jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Misbun Sidek, masih menaruh harapan Iskandar Zulkarnain Zainuddin mampu menjadi pemain terbaik dunia dengan syarat dia perlu membuang tabiat buruk merokok.
Misbun, yang membimbing Iskandar sejak Julai tahun lalu, mengakui pemain itu melepasi kesemua modul yang telah ditetapkan serta menunjukkan komitmen tinggi ketika sesi latihan.
Namun, perlakuannya di luar gelanggang adalah di luar bidang kuasa Misbun dan dia berharap Iskandar mampu membuang segala tabiat buruk jika berhasrat untuk berada dalam kelompok pemain elit dunia.
"Apa yang disebut dengan merokok dan sebagainya adalah di luar bidang kuasa saya. Bagaimana saya mahu tegurnya? Saya sudah tegur tetapi ia tidak sampai," ujar Misbun.
Turut menyuarakan pandangan adalah Datuk Lee Chong Wei yang mahu Iskandar kembali menilai keutamaannya sebagai pemain badminton negara.
"Semua orang tahu rokok tidak boleh meningkatkan kecergasaan lebih tinggi dalam sukan. Saya rasa Iskandar perlu fikirkan semula apa yang dia mahu.
"Dia bukan budak lagi, dia bukan berumur 16, 17 tahun untuk jurulatih memarahinya. Ini adalah penting untuk Iskandar.
"Saya rasa BAM (Persatuan Badminton Malaysia) juga memberikannya peluang banyak kali," katanya.