Beregu campuran negara, Chen Tang Jie, berkata acara beregu campuran akan tetap menjadi keutamaannya biarpun turut akan mewakili sektor beregu lelaki negara selepas ini.
Keputusan itu diambil sebaik Persatuan Badminton malaysia (BAM) mengesahkan Tang Jie tidak lagi bersama pasangan asalnya, Toh Ee Wei.
Dia kini bergandingan dengan pemain berusia 19 tahun, Chan Wen Tse, dalam acara beregu campuran selain turut bersama Wong Vin Sean dalam acara beregu lelaki.
"Tidak kira saya berpasangan dengan sesiapa, saya perlu bertanggungjawab ke atas mereka," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
"Maksudnya, saya perlu cuba buat mereka rasa selesa dan yakin di atas gelanggang dan cuba berkomunikasi dengan mereka.
"Saya juga bukan seperti Seo Seung-jae, saya hanya Chen Tang Jie.
"Seo Seung-jae antara legenda dan pemain terbaik, jadi saya mahu belajar dengan mereka yang bermain dalam dua acara sepertinya," katanya.