Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim, melihat prestasi jaguh Seluruh England 2021, Lee Zii Jia, pada takuk yang sama berikutan tersungkur dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia dan suku akhir Terbuka India.
Biarpun keputusan menunjukkan kemaraan lebih jauh dalam Terbuka India minggu lalu, pemain profesional itu secara keseluruhan dilihat masih memperagakan corak permainan yang serupa dan mudah dibaca lawan.
"Menerusi keputusan ke suku akhir di India memang nampak satu peningkatan yang ketara.
"Dia cuma perlu melihat (aspek) persediaannya," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Dalam perkembangan sama, Roslin percaya Ng Tze Yong pula memerlukan keinginan yang kuat di atas gelanggang sekiranya ingin kembali pada prestasi sebenar berikutan kecederaan belakang yang dialami di pusingan pertama Terbuka Malaysia.
Berdasarkan situasi terkini, Tze Yong diramalkan akan terlepas tiga kejohanan sepanjang bulan dan tempoh panjang ini dilihat menyukarkan dirinya untuk menemui sentuhan berbisa yang dipamerkan perseorangan nombor dua negara itu.
"Kita perlu lihat sejauh mana tahap kecederaannya.
"Dia sampai terpaksa menarik diri daripada Terbuka India jadi nampaknya agak serius jugalah.
"Kita perlu berbalik kepada berapa lama dia akan berehat.
"Selepas itu dia masih memerlukan masa untuk mengembalikan prestasi terbaiknya," katanya.