Skip to main content

Badminton

Rangkul juara BAC, Aaron Chia-Wooi Yik naik ranking tembus lima terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaronchiawooiyik.jpg
Kejayaan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meruntuhkan Tembok Besar China mendapat pulangan lumayan apabila meraih gelaran pertama Kejohanan Badminton Asia itu, minggu lalu.

Ini sekali gus, menjadikan beregu lelaki kebangsaan itu menjadi pemenang pertama kategori selepas 18 tahun yang kali terakhir dimenangi Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada 2007.

Lantas, juara dunia 2022 itu telah memperbaharui ranking terkini dengan menebusi kelompok lima terbaik dunia di bawah Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

 

Mengikut kemas kini yang dikeluarkan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempatkan diri di kedudukan keempat, naik dua anak tangga. 

Anak buah Herry Iman Pierngadi itu akan menggalas tugas bertanding dalam Piala Sudirman, hujung bulan ini.

Advertisement

Must Watch Video