Skip to main content

Badminton

Purple League: Sena Bangkok bangkit atasi Ho Chi Minh City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

purple-league.jpg
Sena Bangkok BC meraih kemenangan dalam perlawanan pertama Kumpulan B saingan Purple League mengatasi Ho Chi Minh City BC 13-9.

Nguyen Hai Dang terlebih dahulu meraih mata pertama dalam pertembungan ini, dengan mengatasi Kachain Buarung dalam aksi sengit lima set

Bagaimanapun, Sena Bangkok bangkit menerusi pemain ranking ke-12 dunia, Busanan Ongbamrungphan, yang menang turut menerusi lima set yang mengatasi Vu Thi Anh Thu menerusi mata sudden death di set kelima.

Rentak kemenangan Sena BC diteruskan beregu lelaki Kittisak Namdash-Pongsakorn Thongkam yang menang straight set untuk mendahului 8-5. 

Satu lagi pasangan beregu, Atitaya Povanon-Yap Qar Siong, melengkapkan kemenangan buat Sena BC apabila berjaya bangkit dari kekalahan di set pertama 10-11, untuk mengatasi pasangan dari Vietnam 3-1.

Dalam aksi terakhir perlawanan, perseorangan lelaki antara Kittipong Imnark dan Nguyen Tien Minh pula tamat memihak kepada bekas nombor lima dunia, Tien Minh. 

Meskipun menang saingan sengit lima set ia hanyalah untuk merapatkan jurang bagi pengiraan mata di akhir saingan kumpulan.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video