Skip to main content

Badminton

Purple League: Petaling ke final selepas mudah atasi Sena Bangkok

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

petaling-bc-semi-final-purple-league.jpg
PETALING BC 10 SENA BANGKOK CLUB 3

Petaling BC menepati ramalan mara ke final Kejohanan Badminton Purple League selepas mudah mencatatkan kemenangan 10-3 ke atas kelab Thailand, Sena Bangkok Club, dalam aksi separuh akhir di Arena of Stars, Genting Highlands sebentar tadi.

Perseorangan lelaki utama , Brice Leverdez, tidak berdepan masalah memberikan tiga mata pertama Petaling dengan kemenangan 11-4, 11-7, 11-8 ke atas Kittipong Imnark.

Bagaimanapun, rentak cemerlang itu tidak dapat diteruskan perseorangan wanita dari Taiwan, Pai Yu Po, yang tewas 1-3 kepada Busanan Ongbumrungphan dalam masa 34 minit.

Beregu lelaki, Goh V Shem-Low Juan Shen, kemudian kembali memberikan kelebihan selesa buat Petaling dengan mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Kittisak Namdash-Tan Wee Kiong.

Kemenangan Petaling untuk ke final kemudian disahkan dengan kemenangan 3-0 beregu campuran, Chen Tang Jie-Lai Pei Jing, ke atas Yap Qar Siong-Attiya Povanon.

Petaling seterusnya akan bertemu Ampang Jaya BC bagi perebutan gelaran di venue sama esok.

Advertisement

Must Watch Video