Kelab Badminton (KB) Cheras lebih selesa dengan status 'underdog' menjelang pertemuan dengan pendahulu saingan SS Purple League, KB Puchong United, yang masih unggul dengan rekod bersih lima perlawanan tanpa kalah.
Pengurus KB Cheras, Raezal Hussein, mengakui ia bukan sesuatu yang mudah berdepan Puchong United yang dilihat mempunyai kekuatan seimbang, baik pemain lelaki mahupun wanita.
Sehubungan itu, misi utama pasukannya adalah sekurang-kurangnya mengutip seberapa banyak mata dalam usaha memburu kedudukan empat terbaik dalam carta kedudukan liga.
"Berdepan Puchong United, misi utama kami bukannya mengejar kemenangan, sebaliknya memburu mata.
"Kemudian, barulah kami memikirkan soal kemenangan kerana sudah pasti ia pencapaian yang manis untuk menjadi pasukan pertama yang menundukkan Puchong United.
"Begitupun, kami tidak boleh memandang rendah kemampuan mereka berikutan sehingga kini, Puchong United kekal menurunkan skuad utama," katanya.
Sementara itu, pemain perseorangan lelaki Cheras, Fikri Ihsandi Hadmadi, yang baru diturunkan sekali ketika bertemu Bangsar Hawks berharap rakan sepasukannya tidak gentar dengan reputasi Puchong United.
Baginya, kekuatan lawan terdiri daripada pemain wanita kerana diwakili pemain kebangsaan seperti Aya Ohori dari Jepun di samping Liew Daren (ketua pasukan) dan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.
"Kekuatan mereka terletak kepada perseorangan wanita mereka. Kalau diberi kepercayaan, saya akan memberikan persembahan yang bagus," kata Fikri.