Skip to main content

Badminton

Program RTG: Pemain profesional hargai bantuan kerajaan

rosman-razak.jpg
Jurulatih profesional negara,  Rosman Razak, terkejut dan bersyukur apabila pemain profesional negara disenaraikan dalam Program Road to Gold (RTG).

Rosman berasa ini merupakan tonik terbaik buat pemain profesional negara menjelang kelayakan temasya Sukan Olimpik yang akan bermula bulan depan.

Antara permintaan yang bakal dibuat serta diutamakan adalah bantuan daripada segi sains sukan.

Selain itu, difahamkan Rosman berharap bantuan program ini bermula seawal bulan depan disebabkan kejohanan yang bakal berlangsung berturut-turut.

"Bantuan sains sukan seperti rawatan urutan dan rakaman permainan memang sangat kami perlukan.

"Proses pemulihan sangat penting buat pemain-pemain ini kerana jadual pertandingan memang padat jadi aspek pemulihan kena yang terbaik. 

"Dana kami di pihak persendirian ini agak terhad dan dengan adanya bantuan kerajaan, ia pastinya banyak membantu kami. 

"(Persatuan Badminton Malaysia) BAM juga diharap memberi peluang untuk kami mengadakan latihan bersama," katanya. 


 

Advertisement

Must Watch Video