Skip to main content

Badminton

Piala Thomas/Uber: Filem Best of the Best jadi inspirasi skuad negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

best-of-the-best.jpg
Filem Hollywood, Best of the Best, menjadi inspirasi buat skuad badminton negara menjelang Kejohanan Piala Thomas dan Uber di Chengdu, China bermula hujung bulan ini.

Menurut wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, barisan pemain negara difahamkan diberikan peluang untuk menonton dan menghayati filem itu dalam malam tayangan kem latihan pusat kebangsaan.

Filem itu, yang diterbitkan pada tahun 1989, mengisahkan tentang perjuangan lima atlet tempur yang diletakan dalam satu pasukan demi membawa nama negara mereka untuk berdepan kuasa besar lain.

Pelbagai rintangan dan tragedi berlaku dalam perjalanan mereka sebelum meraih kejayaan.
 

Advertisement

Must Watch Video