Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, percaya tekanan semestinya terarah kepada China yang memegang status pasukan tuan rumah dalam saingan separuh akhir Piala Thomas di Chengdu, China esok.

Dia memberikan kredit sewajarnya diberikan kepada dua pemain perseorangan negara susulan berjaya menyumbangkan mata dan mempamerkan aksu cemerlang menundukkan pihak lawan berdepan Korea Selatan semalam.

Malaysia menamatkan penantian selama lapan tahun untuk melihat skuad Piala Thomas Malaysia memasuki pentas separuh akhir Piala Thomas selepas terakhir kalinya pada 2016.

"Kita perlu berterima kasih kepada dua pemain perseorangan seperti Lee Zii Jia yang bermain dengan kemas dan Leong Jun Hoa yang dapat semangat daripada kemenangan Zii Jia.

"Kita lihat pemain China setara dan pemain beregu negara mempunyai peluang 50-50 tetapi kita perlu mengambil kesempatan pada tuan rumah yang mempunyai tekanan berbanding Malaysia yang datang untuk memberikan aksi terbaik.

"Saya menasihati pemain agar mengambil kesempatan pada situasi ini dan lebih menikmati permainan di dalam gelanggang dan jangan terlalu banyak berfikir." katanya.