Tiada istilah penumpang dalam skuad Piala Thomas negara apabila ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek, menegaskan pemain muda seperti Leong Jun Hao juga perlu memainkan peranan besar dalam kempen di Bangkok, Thailand, bermula 20 Mei ini.
Pendekatan Misbun itu bermakna Lee Zii Jia juga berupaya diturunkan sebagai perseorangan pertama, bergantung kepada strategi dan tidak terkecuali Iskandar Zulkarnain Zainuddin manakala Jun Hao sebagai perseorangan kedua atau ketiga.
Senario ini menghapuskan sebarang keraguan terhadap kemampuan Misbun untuk membentuk barisan yang tidak hanya bergantung kepada Datuk Lee Chong Wei.
"Apabila (pemain) berada dalam pasukan, mereka semua mempunyai peranan penting. Ini adalah percaturan yang disiapkan bagi menghadapi kejohanan penting.
"Sama ada menjadi atau tidak, itu soal lain. Kalau pemain sudah berada di sana, maksudnya ia percaturan besar bagi pemain yang diberi tanggungjawab.
"Bagi (kelibat) Chong Wei, kita sudah faham tetapi tiga pemain perseorangan ini sangat penting bagi kita," katanya.
Pada masa sama, Misbun berpandangan keputusan melaksanakan kem pemantapan akhir di Akademi Badminton Malaysia akan membawa kepada pulangan efektif terhadap pembentukan keserasian skuad Piala Thomas dan Piala Uber.
"Yang penting adalah strategi dalam permainan mereka. Di dalam gelanggang, peratusan bantuan daripada saya setakat 10 peratus, selebihnya terpulang kepada mereka.
"Sebelum pergi, saya percaya tumpuan mereka terarah kepada Piala Thomas terhadap apa yang mereka lakukan, fikirkan termasuk ketika makan," ujar Misbun.