Skip to main content

Badminton

Piala Sudirman: Malaysia tiada sebarang sasaran khusus

tim-jones.jpg
Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Dr Tim Jones, tidak meletakkan sebarang sasaran dan tekanan terhadap pasukan negara, sebaliknya mahu melihat mereka beraksi dengan penuh cemerlang dalam Piala Sudirman di China, yang bakal berlangsung 14 hingga 21 Mei ini. 

Kesemua pemain yang terpilih baru selesai menjalani kem dan bakal menyambung latihan di atas gelanggang esok bagi mewujudkan keserasian.

"Saya gembira dengan persiapan setakat ini. 

"Kami berehat beberapa hari dengan menjalani persekitaran baru -- kami bawa mereka ke hutan. 

"Kami berdepan kehidupan liar -- ada pemain yang menggemari dan ada pula yang kurang berkenan. 



"Kami cuba lari sedikit daripada rutin (latihan) dan cuba mengeratkan perpaduan pasukan menjelang kejohanan sebenar ini.

"Kami berhasrat layak ke separuh akhir. 

"Kami tidak akan memandang remeh lawan di peringkat kumpulan seperti Taiwan dan India yang dianggap sebagai cabaran buat kami. 

"Kami perlu realisitik dan berpotensi ke separuh akhir tetapi kami cuba tidak membebankan pemain tapi pemain juga harus sedar. 

"Saya ingin melihat aksi kompetitif dan perpaduan pasukan antara pemain BAM dan profesional," katanya. 

 

Advertisement

Must Watch Video