Skip to main content

Badminton

Piala Sudirman: June Wei rebut slot perseorangan kedua

junwei.jpg
Perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei, perlu merebut tempat sebagai wakil perseorangan kedua bersama Soong Joo Ven dalam Piala Sudirman di Nanning, China yang akan bermula 19 Mei ini.

June Wei, yang bertekad merebut slot selaku wakil perseorangan kedua selepas Lee Zii Jia, mahu mengambil peluang membuktikan bahawa dia mampu menggalas cabaran di China selepas disenaraikan dalam skuad negara. 

Selain itu, dia juga menganggap peluang ini mampu memberi pendedahan kepadanya sebagai pengalaman bersaing dengan kelompok atasan dunia di mana Malaysia diundi berada dalam kumpulan bersama tuan rumah, China, dan India. 

Pemain berusia 22 tahun itu mengakui sedang bertungkus-lumus untuk meningkatkan prestasinya dalam misi memperbaiki ranking di kedudukan ke-77 dunia ketika ini kepada 30 terbaik.

Ikuti laporan lanjut dalam Nadi Arena 7.30 dan 11 malam ini.

Advertisement

Must Watch Video