Perseorangan wanita, Goh Jin Wei, mahu membuktikan dia bukan lubuk mata seperti dilabel lawan biarpun bakal berhadapan dengan gergasi terbaik dunia dari China dan India menjelang Piala Sudirman yang bermula Ahad ini.
Jin Wei bakal beraksi semula selepas enam minggu berehat ekoran kecederaan hamstring dan ketidakselesaan di bahagian perut yang memaksanya menarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia dan Terbuka New Zealand sebelum ini.
Pemain berusia 19 tahun itu menyedari cabaran berat digalasnya memandangkan dia merupakan sandaran utama berbanding rakan sepasukan, Soniia Cheah, yang masih bergelut dengan prestasi.
Lawan di peringkat kumpulan pula merupakan kelompok 10 terbaik dunia, dengan China menyenaraikan pemain ranking ketiga dunia, Chen Yu Fei, serta keenam dunia, He Bingjiao, manakala India mempunyai P. V. Pusarla dan juga Saina Nehwal.
"Saya mengakui terpaksa mengharungi banyak rintangan sejak awal tahun ini tetapi ia akan membentuk saya menjadi pemain yang lebih baik pada masa akan datang," kata Jin Wei.
Di atas kertas, keadaan mungkin tidak memihak Jin Wei, namun dia tidak bersedia untuk mengibar bendera putih sebelum berentap, apatah lagi Piala Sudirman turut menawarkan mata ranking untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Saya sangat menggemari acara berpasukan, saya tidak sabar menantikan saingan ini dan akan berusaha memberikan yang terbaik," ujarnya.