Skip to main content

Badminton

Piala Sudirman: 'Vertigo' rompak slot Mariska Tunjung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mariska.jpg
Indonesia kehilangan satu prospek yang mampu menyumbangkan kemenangan buat negara itu apabila pemain perseorangan wanitanya, Gregoria Mariska Tunjung tidak akan beraksi dalam kempen kali ini apabila dibelenggu kecederaan.

Pemain yang kini menduduki ranking ke-5 dunia itu dilaporkan sedang mengalami masalah vertigo kebelakangan ini dan namanya terpaksa digantikan dengan seorang lagi pemain perseorangan wanita negara itu iaitu Ester Nurumi Tri Wardoyo.

Menurut jurulatih Eng Hian, penyertaan Gregoria ke Piala Sudirman terpaksa dibatalkan disebabkan dia tidak dapat pulih daripada masalah vertigo itu sehingga sekarang.

Disebabkan masalah tersebut jelasnya, Gregoria terpaksa menjalani tempoh pemulihan untuk membolehkan dia kembali ke prestasi terbaiknya selain beraksi untuk kejohanan seterusnya.

"Gregoria Mariska Tunjung batal ke Piala Sudirman 2025 kerana Vertigo dan harus istirehat total. Posisinya digantikan Ester Nurumi dengan Putri Kusuma Wardani naik sebagai tunggal putri pertama." Jelas Eng Hian kepada media Indonesia.

Gregoria merupakan pemenang pingat gangsa pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Advertisement

Must Watch Video