Shi Yuqi jelas berada di dalam kelas yang tersendiri ketika membuktikan jurang permainan dengan perseorangan negara, Leong Jun Hao, dalam Piala Sudirman di Xiamen, hari ini.
Walaupun berhasil mengejutkan Kodai Naraoka semalam, namun Shi Yuqi menyerlahkan kejagoannya selaku pemain nombor satu dunia ketika ini dengan kemenangan 21-6, 21-14, secara tidak langsung menyekat laluan Malaysia ke separuh akhir.
Justeru, Jun Hao beranggapan masih banyak aspek yang perlu diperbaiki sekiranya dia berhajat untuk menyaingi keampuhan permainan Shi Yuqi.
"Rencana pada hari ini tidak begitu menjadi.
"Saya berdepan kekangan di atas gelanggang.
"Saya hanya cuba untuk lebih agresif agar mendapat pukulan konsisten sejak awal permainan," katanya selepas perlawanan.