Pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon, yakin dengan kemampuan Cheah Yee See sekiranya dia perlu bergandingan dengan pemain berusia 22 tahun itu.
Kecederaan bahu yang dialami Goh Liu Ying mengakibatkan Peng Soon terpaksa melupakan seketika gandingan asalnya itu.
Dengan Kejohanan Piala Sudirman pada hujung bulan ini menjadi tumpuan, Peng Soon dijangka akan tampil bersama Yee See selepas mereka sering digandingkan bersama dalam sesi latihan ketika ini.
Untuk rekod, pencapaian terbaik Yee See sebelum ini adalah menerusi beregu wanita apabila menjuarai saingan Satelit Antarabangsa Hungary pada 2015 dan 2016, masing-masing bersama Chin Kah Mun dan Goh Yea Ching.
"Masih banyak yang boleh dipertingkat olehnya kerana usianya masih muda," kata Peng Soon.
"Untuk mencapai tahap tertinggi, dia mungkin memerlukan masa lagi.
"Tak mungkin dia dapat mencapai tahap itu dengan sekelip mata," tambahnya.