Pengarah Teknikal, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost, berpuas hati dengan persembahan barisan pemain negara selepas melakar kemenangan mudah 5-0 ke atas Jerman dalam Kejohanan Badminton Piala Sudirman di Gold Coast, Australia, hari ini.
Frost tidak banyak mengulas ketika ditanya mengenai prestasi Malaysia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C itu, dengan jurulatih dari Denmark berkenaan hanya berkata: "Saya berpendapat kami bermain dengan baik dan pemain mempamerkan persembahan yang mantap."
Kemenangan mudah ini seharusnya menyuntik semangat pasukan bagi menghadapi Jepun esok untuk penentuan juara kumpulan, dengan harapan akan mendapat undian yang lebih baik.
Walaupun ada ketika pemain negara seperti pasangan beregu, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, yang masih lagi tampak bergelut dengan prestasi, Frost berpendapat ia tidaklah sesuatu yang merisaukan.
"Saya yakin kami memiliki peluang yang cerah untuk meraih kemenangan ketika berdepan Jepun jika kami memberikan yang terbaik," jelasnya.