Skip to main content

Badminton

Piala Sudirman: Peluang tebus maruah

250517-frost.jpg

Malaysia berpeluang untuk menebus kekalahan kepada Jepun dalam saingan peringkat kumpulan semalam, selepas diundi sekali lagi bertemu pasukan Negara Matahari Terbit itu dalam suku akhir.

Malaysia tewas 3-2 di tangan Jepun dalam perlawanan penentuan juara Kumpulan C, semalam.

Advertisement

Pertemuan kali kedua ini adalah ulangan kepada edisi kejohanan tahun 2015 yang menyaksikan Malaysia menewaskan pilihan utama, Korea Selatan, 3-2 di peringkat kumpulan sebelum tewas dengan lawan yang sama dalam saingan suku akhir.

Bagi Pengarah Teknikal, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost, undian kali ini jelas tidak memihak kepada Malaysia.

“Keadaan ini berlaku apabila kami tidak dapat meraih tempat pertama dalam kumpulan.

“Bagaimanapun, China tetap sebuah pasukan yang kami mahu elakkan,” kata Frost.

Tidak menafikan kekuatan Jepun, Frost menegaskan kunci utama untuk menentang Jepun pastinya terletak kepada gandingan beregu, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, yang tewas kepada Takeshi Kamura-Kei Go Sonada, 21-18, 17-21, 16-21.

“Ia perlawanan 50-50 dan semalam  kami tewas, jadi masih ada peluang ada buat kami,” katanya lagi.

Topik Berkaitan

Must Watch Video