Misi Malaysia untuk memastikan status sebagai juara kumpulan Piala Sudirman di Gold Coast, Australia bulan ini amat penting bagi mengelak pertemuan awal dengan China yang sah mempertaruhkan barisan utama mereka.
Malaysia, yang diundi dalam Kumpulan C, bakal berentap dengan Jerman dan Jepun yang disifatkan memiliki kelebihan berbanding Malaysia.
Skuad negara perlu bekerja keras untuk mencuri mata dalam aksi perseorangan wanita dan beregu wanita dan tidak terkecuali beregu lelaki.
Senario Malaysia muncul naib juara hanya akan mengundang kemungkinan besar pertemuan dengan China dalam suku akhir.
Senarai skuad China yang diumumkan semalam menyaksikan Lin Dan dan Chen Long mengetuai skuad yang merangkumi majoriti pemain yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia dalam setiap disiplin.
"Mereka adalah pasukan pilihan, mereka memiliki kelebihan dalam setiap acara. Mereka tidak seperti Jepun atau Indonesia yang tidak memiliki pasukan yang mampu memenangi setiap perlawanan," kata Pengarah Teknikal, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost.
Skuad Piala Sudirman negara tetap menjalani sesi latihan pusat hari ini di sebalik sambutan Hari Wesak.
Tumpuan pasti ke atas bintang utama seperti beregu nombor satu negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong, yang mengalami krisis prestasi.
Frost, bagaimanapun, tidak gusar memandangkan pemain simpanan yang disenaraikan memiliki kualiti untuk berjuang buat skuad negara.
"Kami membuat persiapan setiap hari bagi ke Piala Sudirman. Setiap pasukan memiliki masalah, sebagai contoh Jan O Jorgensen tidak akan menyertai pasukan Denmark."