Kekalahan kepada Jepun di peringkat kumpulan semalam banyak mengajar Malaysia mengenai kelemahan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Piala Sudirman di Gold Coast, Australia.
Malaysia perlu merangka strategi terbaik untuk menyekat Negara Matahari Terbit itu jika mahu memastikan kemaraan ke separuh akhir, esok.
Jika mahu harapan itu terlaksana, Malaysia harus memastikan beregu lelaki meraih kemenangan di samping perseorangan lelaki dan beregu campuran.
Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock, membayangkan Malaysia mungkin melakukan rombakan dengan harapan dapat mencuri mata daripada Jepun.
"Kita tidak banyak pilihan dalam perseorangan wanita, hanya Goh Jin Wei dan Sonia Cheah," jelas Seu Bock.
"Saya akan berbincang dengan dua pemain ini, mungkin kami akan memberi peluang kepada Sonia untuk membuktikan kemampuan dirinya kerana saya sudah memberi peluang kepada Jin Wei sebelum ini."
Rombakan yang dimaksudkan itu ialah dengan memberi peluang kepada perseorangan wanita kedua negara, Sonia, untuk turun beraksi.
Pada masa sama, Pengarah Teknikal, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost, menegaskan keupayaan dan kekuatan pasukan Jepun tidak harus diperkecilkan dan Malaysia perlu terus berwaspada dan beraksi pada tahap terbaik.
"Mungkin rakyat Malaysia memandang rendah kekuatan sebenar pasukan Jepun. Seperti Goh V Shem dan Tan Wee Kiong, beregu Jepun juga pernah menghuni ranking no.1 dunia. Banyak kejutan boleh berlaku dalam saingan beregu," kata Frost.
Malaysia mungkin kembali menurunkan beregu utama wanita negara, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei, yang direhatkan semalam.
Sementara itu, bekas pemain perseorangan negara, Wong Choong Han, percaya skuad negara memiliki peluang untuk menebus kehampaan berdepan Jepun.
"Skuad negara perlu kembali menyusun strategi dan setiap pemain perlu lebih bersedia dalam aksi berdepan Jepun esok," katanya.
Bekas beregu lelaki negara, Lee Wan Wah, turut mengakui segalanya terletak di tangan beregu lelaki dan beregu campuran negara dalam menentukan kemenangan.
"Semalam kita tewas 3-2, mungkin keputusan esok akan kekal sama bezanya selain Datuk Lee Chong Wei yang hampir pasti menyumbang mata. Penentuan perlawanan akan diletakkan di bahu beregu lelaki dan beregu campuran," katanya.