Skip to main content

Badminton

Piala Sudirman: Malaysia harap bantuan China

choon-hann.jpg
Setelah kem badminton Malaysia menghidupkan semula peluang ke suku akhir Piala Sudirman 2019, kini mereka terpaksa mengharapkan ihsan tuan rumah, China, untuk menumbangkan India, sekali gus mengesahkan slot skuad negara ke pusingan seterusnya.

Barisan pemain negara boleh menarik nafas lega setelah melepasi halangan India dalam aksi penuh mendebarkan semalam.

Bagaimanapun, ia masih belum menjamin tempat buat Malaysia di peringkat suku akhir apabila India juga masih berpeluang, dengan syarat mereka menumbangkan China.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choon Hann, yakin China tidak akan melakukan taktik kotor dengan merancang konspirasi bersama India untuk sengaja tewas bagi menyingkirkan skuad kebangsaan.

Malaysia kini sudah mengutip satu mata hasil satu kemenangan, berkongsi kedudukan dengan China sementara India di tangga tercorot kumpulan 1D tanpa sebarang mata.

"Kami akan menilai selepas undian baru dilakukan malam ini, jadi kami akan mengatur strategi. Mungkin ada, mungkin tiada. Masih sukar untuk saya memberikan kenyataan pada ketika ini," kata Choon Hann.

Undian ke suku akhir hanya akan diketahui setelah tamat kesemua pusingan peringkat kumpulan petang ini.

Malaysia kini bersiap sedia dengan segala kemungkinan dan masih lagi mencongak untuk menukar gandingan dalam acara beregu seperti apa yang dilaksanakan sebelum ini seandainya layak ke suku akhir.

"Tidak kisah siapa yang bakal kami hadapi, saingan sengit pastinya akan kami beri. Kalau kemampuan pemain sudah mencukupi, ditambah dengan semangat tinggi, diharapkan kami boleh mencipta kejutan nanti."
 

Advertisement

Must Watch Video