Skip to main content

Badminton

Piala Sudirman: Malaysia bawa pulang gangsa

aaron-chia-soh-wooi-yik.jpg
KOREA SELATAN 3 MALAYSIA 1 

Malaysia mengakhiri kempen Piala Sudirman 2023 dengan pingat gangsa selepas tumbang 1-3 kepada Korea Selatan, sebentar tadi. 


Pencapaian di Suzhou, China itu secara tidak langsung mengulangi prestasi edisi 2009 dan 2021. 

Skuad negara -- yang menyingkirkan Denmark 3-1 malam tadi -- membuka saingan hari ini dengan langkah kiri apabila Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewas 21-11, 13-21, 7-21.

Beregu campuran kebangsaan itu beberapa kali mempamerkan pertahanan menarik, namun masih belum cukup ampuh untuk mengatasi Seo Seung Jae-Chae Yu Jung.

 

Begitupun, perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, yang di landasan prestasi terbaiknya kembali mengikat kedudukan 1-1 menerusi kemenangan Jeon Hyeok Jin 21-11, 21-9.

Dan tiada keajaiban dijelmakan K Letshanaa yang berdepan pemain nombor dua dunia, An Se Young, yang menang 21-10, 21-13 untuk Korea Selatan kembali 2-1 di depan.

Peluang Malaysia dipadamkan sebelum beregu wanita, M Thinaah-Peartly Tan, turun gelanggang biarpun kali ini juara dunia 2023, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menjadi sandaran. 

Mereka tidak mampu mengimbangi arus asakan yang dijelmakan Kim Win Ho- Na Sung Seung, khususnya di depan jaring hingga memerangkap mereka 12-12, 11-21.

 

Advertisement

Must Watch Video