Skuad badminton negara akan turun menentang tuan rumah, China, bagi aksi suku akhir Piala Sudirman di Xiamen sebentar nanti.
Berdasarkan rekod di atas kertas, China merupakan pasukan yang memiliki keseimbangan di setiap sektor, sekali gus bakal memberikan cabaran berat buat barisan pemain negara.
Beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, akan sekali lagi dipertaruhkan dalam perlawanan pembukaan, di mana mereka kali ini akan berdepan gandingan nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.
Selepas itu, giliran perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, menghadapi pemain nombor satu dunia, Shi Yu Qi.
Meneruskan cabaran negara ialah perseorangan wanita, K. Letshanaa, yang akan berdepan pemain di ranking ketujuh dunia, Chen Yu Fei.
Beregu lelaki nombor dua dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, pula akan dipertaruhkan bagi menghadapi Liang Wei Keng-Wang Chang.
Jika penentuan ke separuh itu berlarutan sehingga perlawanan kelima, beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, akan beraksi menentang gandingan nombor satu dunia, Kiu Shang Shu-Tan Ning.
Berdasarkan rekod di atas kertas, skuad negara akan berdepan gunung yang terlalu tinggi untuk didaki tetapi ia bukan alasan untuk mereka tidak memberikan yang terbaik.
Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO dan Sooka.

Piala Sudirman: Siaran langsung & live streaming Malaysia lawan China
Saksikan perlawanan menarik ini secara langsung di Astro Badminton saluran 815 bermula jam 9.30 pagi ini.Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO dan Sooka.