Korea Selatan menyekat kemaraan Indonesia untuk mara ke pentas akhir dalam perlawanan pusingan separuh akhir Piala Sudirman 2025 dengan kemenangan 3-2 di Xiamen, China, sebentar tadi,
Korea Selatan mencuri satu mata terlebih dahulu menerusi kemenangan beregu campuran, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung, yang menewaskan Dejan Ferdinansyah-Siti Fadia Ramadhanti, menerusi aksi staright set 21-10,21-14 dalam tempoh 43 minit.
Namun, Alwi Farhan, kembali mengikat mata menjadi 1-1 selepas menewaskan Cho Geonyeop 16-21,21-8,21-8.
Begitupun, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024, An Se Young, meletakkan Korea Selatan dihadapan sekali lagi dengan mengatasi Putri Kusuma Wardana, 21-18,21-12, sebelum giliran beregu lelaki Indonesia mengikat kedudukan 2-2 menerusi gandingan Shohibul Fikri-Bagas Maulana yang menumbangkan Kim Won Ho-Seo Seung Jae.
Perhitungan terakhir menyaksikan saingan sengit antara wakil beregu wanita, Baek Ha Na-Lee So Hee dan Cahaya Pratiwi-Siti Fadila Ramadhanti dalam aksi rubber set yang berakhir dengan kemenangan 3-2 berpihak kepada Korea Selatan untuk mara ke final.
Korea Selatan bakal membuat perhitungan berdepan China di pentas akhir esok.

Terima kasih untuk perjuangan luar biasa dan semangat pantang menyerah.
— BADMINTON INDONESIA (@INABadminton) May 3, 2025
Kalian tetap hebat Tiwi/Fadia!
??????????#BadmintonIndonesia #SudirmanCup2025 pic.twitter.com/NdnY1XFBRp