Piala Sudirman 2017 menjadi milik Korea Selatan setelah menewaskan China 3-2 dalam final, hari ini.
China terlebih dahulu mendapat mata pertama selepas pasangan beregu utama mereka, Fu Haifeng-Zhang Nan, mudah menewaskan Choi Solgyu-Seung Jae Seo 21-14, 21-15.
Pemain perseorangan wanita no. 4 dunia, Sung Ji Jyun, berjaya menyamakan kedudukan selepas mengatasi pemain berusia 20 tahun dari China, He Bingjiao, 21-12, 21-16.
Ketika sedang terikat 1-1, Chen Long kembali memberikan kelebihan kepada China apabila mempamerkan corak permainan pantas dan licik untuk mengatasi Jeon Hyeok Jin, 21-10, 21-10.
Kedudukan kembali seimbang 2-2 setelah beregu wanita Korea Selatan, Chang Ye Na-Lee So Hee berjaya mengatasi cabaran sengit Chen Qingchen-Jia Yifan dalam aksi straight set.
Aksi terakhir kemudian tertumpu kepada pertemuan beregu campuran China yang mempertaruhkan pasangan no.2 dunia, Lu Kai-Huang Yaqiong, yang akhirnya gagal mengatasi persembahan bertenaga Choi-Chae Yoo Jung.
Ini kejayaan keempat Korea Selatan selepas muncul juara dalam edisi 1991, 1993 dan 2003.