Skip to main content

Badminton

Piala Sudirman: Khairy cabar Jin Wei serlah kemampuan sebenar

khairy-160517.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang hadir menyerahkan Jalur Gemilang kepada skuad Piala Sudirman negara berpandangan kejayaan di Gold Coast, Australia, berupaya membina momentum dalam misi lebih penting.

Khairy membuat kunjungan ke Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, hari ini, untuk bertemu barisan skuad Piala Sudirman yang akan berlepas ke venue pertandingan, esok.

Khairy menjadikan pencapaian Piala Thomas 2014 dan 2016 sebagai penanda aras kemampuan skuad negara dan semangat sebagai satu pasukan.

"Ini adalah masanya untuk skuad badminton negara kita memenangi kejayaan berpasukan.

"Mungkin kita boleh menang, sungguhpun kita menetapkan sasaran layak ke peringkat separuh akhir.

"Seperti yang saya pesan kepada pemain-pemain, apa jua boleh berlaku dan anda harus memberikan cabaran terbaik," ujarnya.

Harapan besar turut diletakkan ke atas bahu permata remaja negara, Goh Jin Wei, yang akan mengetuai cabaran wakil wanita.

"Sebelum ini, kami mempertahankannya memandangkan usianya yang masih muda.

"Kini, dia sudah berusia 17 tahun dan boleh menggalas tanggungjawab.

"Mesej yang kami mahu sampaikan kepada Jin Wei adalah, kami tidak akan lagi mempertahankannya kerana dia sudah pun dewasa.

"Inilah masa untuknya menyinar."






 

Advertisement

Must Watch Video