Pemain beregu lelaki negara, Tan Wee Kiong, melaungkan janji untuk bangkit di peringkat suku akhir apabila sekali lagi diundi bertemu Jepun.
Wee Kiong dan pasangannya, Goh V Shem, tewas dalam perlawanan pertama menentang gandingan Takeshi Kamura-Kei Go Sonada, 21-18, 17-21, 16-21.
Bagi Wee Kiong, dia sedar akan tanggungjawab yang dipikul apabila diletakkan selaku beregu utama.
“Kami perlu mengekalkan momentum, tidak kira siapa lawan yang menanti,” kata Wee Kiong.
Sementara itu, perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, mahu melupakan kekalahan itu dan fokus kepada perlawanan seterusnya.
“Ini adalah pertarungan berpasukan, saya menang tapi pasukan tidak, jadi kami harus lebih fokus,” jelas pemain berusia 34 tahun itu.